|
Panduan Ini
Adalah Panduan "Wajib"
Untuk Semua Yang Ingin Membina Laman Web! |
|
Jangan Pernah Terfikir Untuk Membina Walau Sebuah Laman Web Sekalipun Jika Anda Tidak Mengetahui 2 Perkara Asas Yang Penting! Tidak Kira Sehebat Mana Atau Secantik Mana Pun Laman Web Anda, Percayalah Ia Tetap Tidak Berguna Tanpa 2 Perkara Asas Ini.. |
Dari Meja Amzani Mokhtar
Tarikh : 26 Mei 2008
Tajuk : Asas Yang Wajib Dipelajari Semua Orang! |
Sahabat-sahabat sekalian,
Dunia Internet semakin meriah dari hari ke hari terutamanya di Malaysia. Buktinya, semakin
banyak laman web berbahasa Melayu tumbuh bagaikan cendawan yang dibina dan boleh dicari dengan menggunakan Enjin Carian tidak kira dari enjin carian Yahoo ataupun Google dan sebagainya. Yang lebih bagus lagi, semua laman web ini
dibina oleh hampir semua golongan tanpa mengira usia. Ini menunjukkan betapa
masyarakat Malaysia kini sudah semakin celik IT. |
| Boleh dikatakan bahawa laman web yang dibina juga tidak hanya tertumpu kepada tujuan perniagaan semata-mata tetapi juga merangkumi topik
hiburan, pendidikan, berita dan informasi, networking, perbincangan dan banyak lagi. Pendek kata
bukan semua laman web yang dibina bertujuan untuk menjana pendapatan sahaja. Laman web yang dibina juga bukan hanya laman web biasa, tetapi ada yang menjadikannya sebagai
blog, forum dan portal komuniti dengan gaya tersendiri. |
|
Hampir Setiap Orang Mempunyai Sekurang-
Kurangnya 1 Laman Web Tidak Kira Apa Juga Tujuan... Anda Bila Lagi?
|
| Kini para peniaga mempunyai laman web menjual mereka tersendiri terutamanya usahawan internet. Kini para
pelajar dan para pekerja juga mempunyai blog tersendiri tidak mengira umur. Lebih banyak
forum dan portal-portal online yang didirikan oleh para webmaster.
Tidakkah anda ingin menjadi sebahagian daripada mereka ini? Dan yang terkini para penggiat politik juga mempunyai blog dan laman web mereka sendiri! |
 |
Bayangkanlah jika anda mempunyai sebuah blog yang dibina untuk memberi ruang kepada anda menulis mengenai pendapat anda, minat anda, kepakaran anda dan sebagainya, sudah tentu anda akan
mendapat sahabat yang ramai dan silap-silap anda mendapat peminat. |
| |
|
 |
Bayangkanlah jika anda mempunyai sebuah portal atau forum yang dikunjungi oleh ramai pengguna internet, semestinya anda akan mendapat
ramai ahli yang sudi berkongsi pandangan dan berita dengan anda serta berkongsi minat dengan anda. |
| |
|
 |
Bayangkanlah jika anda mempunyai sebuah laman web untuk menjual produk dan dikunjungi oleh ramai orang yang berminat dengan produk anda,
semestinya anda akan mendapat pembeli untuk produk-produk anda. |
| Sudah semestinya anda berasa seronok bila mempunyai rakan-rakan online yang baru dan sekepala dengan anda serta menghargai anda melalui blog anda, forum anda ataupun portal anda. Anda juga akan berasa
gembira bila mendapat prospek yang membeli produk di laman web anda.
Jadi tunggu apa lagi, dirikan laman web/blog anda sekarang juga agar anda tidak ketinggalan! |
|
Namun Begitu Percayalah Walau Sehebat Mana Sekalipun Laman Web Yang Anda Bina,
Ia Tetap Tidak Berguna Jika...
|
|
Seperti yang dinyatakan sejak awal tadi bahawa
tidak kira walau sehebat mana dan secantik mana pun website anda, ia tetap tidak berguna jika tiada 2 perkara asas yang penting ini. 2 Asas penting inilah yang
menjamin masa depan laman web/blog anda jika anda bijak memilihnya.
2 Asas penting ini ialah |
 |
Domain ialah nama unik bagi laman web anda. Contohnya
PanduanDomain.Com, AmzaniMokhtar.Com Yahoo.com, Google.Com dan sebagainya. Terdapat beberapa akhiran lain selain .com seperti .net, .biz, .com.my dan sebagainya. Harga domain di Malaysia biasanya di antara
RM30 - RM40 untuk satu domain. |
 |
Webhosting ialah tempat dimana anda boleh menyimpankan fail-fail bagi laman web anda secara online. Selain saiz ruang hosting, ia disertakan bersama-sama dengan bandwidth, database, cpanel.
Harga webhosting bergantung kepada berapa besar saiz ruang yang diperlukan oleh laman web anda. |
| Domain dan webhosting saling
memerlukan antara satu sama lain untuk memastikan laman web anda kekal lama dalam dunia internet.
Tanpa domain, webhosting tidak akan berguna dan sebaliknya. Dengan adanya domain dan webhosting ini, laman web anda
lebih diyakini para prospek, blog anda lebih mudah dikenali ramai, forum dan portal anda lebih selamat tanpa perlu bimbang ia akan hilang sekelip mata. |
| Mungkin ada diantara anda yang mempertikaikannya kerana untuk mempunyai domain dan hosting anda memerlukan modal sedangkan anda boleh buat laman web di hosting percuma.
Percayalah bahawa laman web atau blog anda di hosting percuma tidak selamat dan bila-bila masa sahaja mereka boleh delete akaun anda tanpa notis.
Bukankah ia akan menyusahkan anda apabila laman web/blog anda telah mempunyai ramai pengunjung setia tiba-tiba hilang begitu saja? |
|
Walaupun Begitu, Anda Perlu Berhati-Hati Dalam Memilih Domain Serta Webhosting Untuk
Laman Web Anda..
|
| Walaupun mudah untuk anda membeli domain dan webhosting pada masa ini di Malaysia kerana
semakin banyak syarikat penyedia webhosting tumbuh dari hari ke hari, namun begitu anda tetap
perlu tahu memilih syarikat webhosting yang betul-betul bagus serta memilih pakej saiz hosting yang sesuai. Ini kerana
tidak semua syarikat penyedia webhosting itu bagus samada dari segi hosting ataupun dari segi support. Anda perlu bijak memilih syarikat yang betul-betul sesuai dan memenuhi kehendak anda! |
| Anda juga perlu tahu bagaimana caranya
untuk memilih nama domain yang unik dan senang diingati. Jika anda memilih domain yang panjang, kebarangkalian laman web anda tidak dikunjungi oleh pelawat adalah besar kerana sukar diingati. Ini bermakna
anda perlukan maklumat serta tips lebih lanjut untuk memastikan anda memilih nama domain yang tepat dan betul serta memilih syarikat penyedia webhosting yang sesuai dan mampu menjimatkan wang anda. |
|
Inginkan Maklumat Serta Tips-Tips Lanjut
Berkenaan Dengan Pemilihan Domain
Serta Webhosting Yang Menjimatkan?
Memperkenalkan
Panduan Khas Untuk Anda
|

|
Sinopsis Laporan Khas Ini
Domain dan webhosting merupakan antara keperluan asas UTAMA yang diperlukan untuk memulakan pembinaan sesebuah laman web tidak kira laman web jenis apa yang anda inginkan. Laporan ini
memudahkan anda untuk mempelajari mengenai domain dan webhosting yang sesuai. Laporan ini mendedahkan anda
mengenai domain dan webhosting secara keseluruhannya.
Tips-tips yang diberikan dalam laporan ini
amat mudah serta jelas serta anda akan diajar membuat perancangan yang teratur sebelum membeli domain dan webhosting. Laporan khas ini
menyediakan panduan yang lengkap untuk anda mendaftarkan domain dan webhosting anda dengan mudah dan menjimatkan tanpa pembaziran. |
|
Melalui Laporan Khas Ini Anda Akan Mempelajari Mengenai
Perkara-Perkara Berikut
|
| |
|
 |
Definisi domain, webhosting, bandwidth, control panel dan sebagainya. |
 |
Perkaitan antara domain, webhosting dan server. |
 |
Jenis-jenis webhosting serta perbezaan platform antara satu sama lain. |
 |
Keperluan memiliki domain sendiri yang unik. |
 |
Tips memilih nama domain dan webhosting yang bagus. |
 |
Syarikat penyedia webhosting yang disyorkan |
 |
Tips menentukan saiz ruang web yang diperlukan. |
 |
Cara pandaftaran domain dan webhosting dengan mudah. |
 |
Dan Banyak lagi.. |
| |
|
|
Dapatkan Laporan Khas Ini Secara Percuma
Sekarang Juga!
|
| Ya! Ianya PERCUMA untuk anda semua dan tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan untuk anda download Laporan Khas ini.
Tiada juga agenda lain untuk mempromosikan produk. Ianya
PERCUMA untuk anda! Download Laporan khas ini dengan memasukkan nama dan email anda sekarang juga! |

Sahabat
Internet Anda,

Amzani
Mokhtar PanduanDomain.Com
| PS: Setiap kerja yang kita lakukan mestilah
berada di landasan yang betul untuk berjaya. Sama juga seperti
laman web anda, blog anda atau portal serta forum yang anda bina perlulah berada di landasan yang betul dengan memiliki domain dan hosting sendiri. Dengan ini
masa depan laman web anda akan terjamin! |
| PPS: Kadangkala kita rasa ilmu yang remeh seperti ini tidak berguna tetapi percayalah bahawa ilmu inilah yang dapat
mengubah masa depan laman web anda untuk masa hadapan. Jutawan Internet, Pro Blogger, webmaster berjaya yang lain juga telah menguasai ilmu ini sebelum mereka dapat menjadi seperti sekarang ini.
Ini bermakna sesungguhnya anda perlu menguasai asas ini untuk menjadi seperti mereka! |
|